Thursday, January 24, 2013

PERINGATAN : Salin & Tampal Artikel Dari Blog Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat guru-guru Malaysia,

Sesungguhnya ini adalah pertama kali saya menulis bagi berkomunikasi secara terus kepada para guru terutama para pelatih, bakal dan calon guru yang pernah melayari blog ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai panduan kalian.

Namun begitu suka saya mahu mengingatkan kepada para guru khususnya kepada bakal guru yang masih menuntut di Institusi pengajian dalam bidang pendidikan bahawa semua artikel yang saya terbitkan disini adalah hasil karya asli saya yang pernah saya hantar kepada Pensyarah untuk penilaian dan kerja khusus.

PERINGATAN.

1.  Mana-mana artikel ini yang di SALIN DAN TAMPAL secara bulat-bulat kemungkinan besar akan ditolak oleh pensyarah anda.

2.  Bakal guru juga mungkin berhadapan tindakan disiplin akibat perbuatan SALIN & TAMPAL.

3.  Pensyarah menyimpan semua 'softcopy' dari kerja khusus saya terbitkan dalam blog ini semasa saya masih bakal guru yang lalu.

GURU ADALAH CONTOH TERBAIK.

GURU MEMPUNYAI SAHSIAH TERBAIK.

Maka, mahu menjadi seorang guru yang baik dan cemerlang bermula dengan keikhlasan kita semasa menuntut ilmu menjadi seorang guru.

PENDIDIKAN MELALUI TELADAN ADALAH PENDIDIKAN PALING BERKESAN.

Ayat ringkasan : menjadikan blog ini panduan adalah baik. Salin dan tampal adalah tidak bijak.

Wallahualam. Sekian terima kasih.

1 comment:

  1. Assalamualaikum...tq atas perkongsian dlm blog ini. Kalau saya jdkan nota2 awak sebagai panduan dan rujukan harap dihalalkan. semoga Allah membalas jasa baik dan usaha awak. Salam kenal
    Tice Amy

    ReplyDelete