Sunday, January 6, 2013

CABARAN DALAM PEMBENTUKAN KURIKULUM ABAD 21

Guru contoh menyediakan sendiri ABM


Dalam pembentukan kurikulum bagi memenuhi keperluan pendidikan Negara bagi abad 21 tumpuan telah diberikan kepada memenuhi cabaran dan matlamat Negara pada ketika itu yang berpandukan Wawasan 2020 yang diterajui oleh Tun Dr. Mahathir pada 1996.

Terdapat 9 cabaran wawasan 2020 yang diberi perhatian iaitu :
1.    Membentuk Negara bangsa
Individu pelbagai bangsa dan etnik hidup bermasyarakat secara sejahtera, terintegrasi, dan hidup bersama berasaskan persamaan hak dan keadilan serta taat setia kepada bangsanya.

2.    Melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas teguh dari segi pemikiran dan jiwa.
Perasaan yang bebas dan teguh, yakin diri, bangga dengan diri sendiri dan tangkas dalam menyelesaikan masalah. Individu mestilah mempunyai sifat-sifat yang sentiasa mengejar kecemerlangan dan menyedari keyakinan potensi dirinya dihormati oleh bangsanya dan bangsa lain.

3.    Membentuk masyarakat demokratik yang matang.
Masyarakat yang mengamalkan demokratik yang unggul berasaskan kesepakatan atau muafakat dan masyuwarah sehingga dapat dicontohi oleh Negara membangun yang lainnya.

4.    Membentuk masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya
Masyarakat yang berpegang teguh kepada nilai dan kepercayaan agama dan kerohaniannya ditunjangi dengan budi pekerti yang mulia.
 
5.    Membentuk masyarakat yang matang dan bersifat liberal dan toleransi.
Setiap anggota masyarakat bebas tanpa mengira agama dan kepercayaan, bebas mengamalkan dan melaksanakan adat resam kebudayaan serta kepercayaan agama masing-masing tanpa merasa tersisih daripada bangsanya.

6.    Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains dan progresif berdaya cipta.
Individu bukan sahaja berdaya saing dalam penggunaan teknologi malah menjadi penyumbang kepada pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.

7.    Membentuk sebuah masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang.
Masyarakat digalakkan membentuk satu sistem sosial yang mementingkan masyarakat berbanding dirinya sendiri dengan kebajikan rakyat diasaskan kepada sistem kekeluargaan yang kukuh dan mantap.

8.    Membentuk sebuah masyarakat yang adil dari segi pengagihan ekonominya
Masyarakat menjamin pengagihan kekayaan Negara secara adil dengan kemajuan ekonomi dinikmati bersama seluruh rakyatnya.

9.    Membentuk sebuah masyarakat yang makmur dari segi ekonomi dan berdaya saing.
Masyarakat yang makmur dari segi ekonomi adalah masyarakat yang boleh menghadapi persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.
Ciri-ciri genarasi yang ingin dilahirkan adalah seperti berikut :-
1.       Kaya maklumat termasuk sains dan teknologi
2.       Mempunyai kekuatan minda yang kreatif dan proaktif
3.       Mempunyai nilai-nilai luhur dan murni termasuk penyayang
4.       Mempunyai semangat jati diri, jaya diri dan sifat-sifat keusahawanan
5.       Berketrampilan tinggi.

Ciri-ciri pendidik yang diperlukan dan sesuai bagi melaksanakan kurikulum abad 21 adalah :-

1.       Menguasai subjek terutama dalam kandungan kurikulum
2.       Mahir dan berketrampilan dalam pedagogi iaitu pengajaran dan pembelajaran (P&P)
3.       Memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
4.       Memahami psikologi pembelajaran (psikologi kognitif)
5.       Memiliki kemahiran kaunseling
6.       Menggunaka teknologi terkini
7.       Dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir
8.       Boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain
1.       Memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan


No comments:

Post a Comment