Thursday, January 24, 2013

PERBEZAAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERPUSATKAN GURU DAN MURID

Kaedah Main Peranan - melatih pelajar menjadi kreatif dan
belajar menghadapi tekanan serta dapat menambah keyakinan diri


Kaedah pengajaran adalah merupakan satu proses guru mengajar di mana ia merangkumi cara dan strategi yang akan digunakan untuk mengajar. Guru akan menggunakan sama ada pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru atau pendekatan perubahan konsep/berpusatkan pelajar.

Kaedah pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang akan digunakan oleh guru atau murid bagi memperolehi maklumat yang berlainan dan menyesuaikan diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan.

Definisi

A)   Kaedah pengajaran berpusatkan guru

Melalui kaedah ini, boleh dikatakan guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya kelas dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gambaran kasar bagi kaedah ini seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar mendengar  syarahan guru di meja masing-masing. Kaedah ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka berkemungkinan besar mmpunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka melalui pemerhatian atau pengalaman hidup mreka sendiri. 

Berpusatkan guru, maklumat, pengetahuan, contoh dan perkembangan topik adalah bergantung sepenuhnya pada guru. Jika luas pengetahuan guru mengenai topik ini, maka luas dan panjanglah penerangan guru. Jika tidak, ia terjadi sebaliknya. 

Kaedah ini juga dikenali dengan jolokan kaedah tradisional. Ini adalah kerana kaedah ini banyak digunakan dalam bidang pendidikan terutama pada era sebelum merdeka kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai banyak pengetahuan sendiri dan mengharapkan guru menyampaikan maklumat sepenuhnya. 

Keadaan capaian maklumat yang terhad kerana sumber yang terhad, maka kaedah ini amat sesuai digunakan oleh guru. Begitu juga jika ianya berlaku pada era selepas merdeka, masih terdapat sekolah yang tidak mempunyai banyak kemudahan bagi capaian maklumat seperti di pedalaman seperti televisyen dan internet, maka kaedah ini lebih sesuai digunakan oleh guru.

B)   Kaedah pengajaran berpusatkan murid

Kaedah ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu. Guru memberi pilihan kepada pelajar, pengetahuan dan apa yang ingin mereka pelajari, mewujudkan kolaborasi dengan membina pengetahuan dan persekitaran positif. Penilaian yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara berterusan dan guru lebih banyak mendengar pandangan guru. Pelajar juga akan melibatkan diri secara terus dalam perancangan pembelajaran mereka sendiri. 

Bagi kaedah ini pelajar digalakkan meluahkan segala pengetahuan yang mereka sedia ada. Pengetahuan tersebut mungkin datang dari pengalaman hidup, pemerhatian atau pembacaan daari sumber selain buku pelajaran. Dalam era pmbangunan moden ini, capaian maklumat yang tiada sempadan menjadikan pelajar era kini bukan pelajar ‘kosong’. 

Sebelum sesebuah topik itu diperbincangkan, guru terlebih dahulu akan menimbangkan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik itu. maklumat yang salah atau salah faham akan diperbetulkan melalui perbincangan dan sumbang saran. Kaedah ini lebih mudah digunakan jika guru mahu menegur sesuatu fakta yang negatif yang sering disalah ertika oleh pelajar yang masih belum matang pemikirannya.

Kaedah ini juga membenarkan komunikasi dua hala berlaku antara guru dan pelajar seterusnya dapat membina satu hubungan yang erat antara guru dan pelajar. Guru lebih mudah mendekati pelajar dan pelajar lebih mudah bertanyakan kepada guru mengenai perkara yang mereka tidak fahami atau keliru serta persepsi mereka akan sama dan tidak berlainan daripada logik akal biasa.

Banyak sumber dalam bidang pendidikan telah menitik beratkan isu mengenai kaedah pembelajaran paling berkesan bagi menarik minat pelajar untuk ke sekolah mahupun menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Selain belajar untuk lulus periksa, guru perlu menimbangkan strategi bersesuaian agar pelajar dapat mengalami satu pengalaman pembelajaran menarik yang tidak berlaku di luar sekolah sekaligus mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran yang mereka pelajari.

Kaedah tradisional telah banyak ditolak oleh kebanyakan guru kerana ia didapati tidak berkesan dalam proses P&P bagi murid kini yang rata-rata lebih mendahului pengetahuan guru dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi. Kebanyakan murid merasa bosan berada di dalam kelas jika mereka tidak dapat menyertai atau melakukan apa-apa dan semata-mata mendengar sahaja. Cara ini boleh menyebabkan mereka mudah bosan, mereka lebih tahu banyak dan bolh mendorong mereka ponteng kerana bagi mereka sekolah adalah tempat yang bosan kerana semua topik telah mereka pelajari dan boleh diperolehi melalui sumber lain selain dari guru.

Bagi menarik perhatian pelajar untuk ke sekolah, guru terlebih dahulu haruslah menimbangkan strategi berpusatkan murid agar guru dan murid mempelajari sesuatu yang baru setiap hari. Menggunakan kaedah ini kedua pihak guru dan murid akan memperolehi pengalaman yang baru kerana proses pembelajaran berasaskan pengetahuan dan maklumat yang berlainan bagi setiap murid.

Pembelajaran berpusatan murid melatih pelajar agar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya. Ini adalah kerana mereka terlibat secara terus dalam menemui pengetahuan, menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru yang mendalam. Kaedah ini juga melibatkan interaksi sosial yang tinggi menggunakan sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber rujukan serta menggunakan aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.

Strategi Pengajaran

A)   Kaedah pengajaran berpusatkan guru

Kaedah ini boleh juga disebut sebagai strategi pengajaran langsung atau disebut dalam Bahasa Inggeris sebagai Direct Instruction. Berdasarkan kaedah ini strategi yang digunakan ialah guru memainkan peranan aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula berperanan untuk menerima pengajaran secara pasif atau boleh juga disebut sebagai komunikasi satu hala (guru sahaja bercakap).

Strategi tradisional ini meletakkan guru sebagai pakar dalam mata pelajaran dan sumber utama ilmu pengetahuan. Maka tujuan utama murid hadir ke kelas adalah bagi mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan oleh guru kepada mereka. Murid hanya perlu mengulangi, menghafal serta mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan kepada mereka. Berdasarkan strategi ini beberapa ahli akademik berpendapat bahawa pengajaran berpusatkan guru adalah:

·         Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai objektif kurikulum yang membolehkan mereka berfikir secara kritikal
·         Murid menyempurnakan aktiviti yang telah ditentukan oleh guru untuk mencapai kejayaan akademik.
·         Murid bertindak balas kepada jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan oleh guru dalam proses perkembangan berperingkat melalui aktiviti yang telah ditetapkan
·         Motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau gred penilaian diberi kepada murid di mana ia akan memotivasikan mereka untuk memahami maklumat serta menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah diajarkan.
·         Segala hasil kerja murid akan dinilai sepenuhnya oleh guru.

Sebelum strategi ini digunapakai dalam pengajaran, guru terlebih dahulu harus memastikan murid-murid telah diajarkan perkara-perkara asas sebelum masuk ke konsep yang baru. Sebagai contoh, sebelum guru masuk ke tajuk tayammum, guru harus memastikan murid telahpun diajarkan tajuk bersuci dan berwudhu supaya pelajar lebih dapat memahami konsep tayammun dengan lebih tepat dan mendalam.

Perbentangan hasil perbincangan - melatih pelajar berani dan sentiasa
peka dengan pembelajaran dalam kelas

B)   Kaedah pengajaran berpusatkan murid

Strategi bagi kaedah ini lebih dikenali sebagai strategi pengajaran tidak langsung. Berbeza dengan strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid mengalih peranan guru daripada tenaga pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator. Semasa proses pembelajaran dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif dan sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang, menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi pembelajaran. Secara automatiknya, murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah disediakan sebagai asas (teknik scaffholding) secara hands-on dan minds-on dan bekerja secara koperatif dan kolaboraasi dengan rakan atau orang lain. Penekanan tersebut membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran terarah kendiri dan mengikut kada kemampuan kendiri.

Bagi melaksanakan strategi ini, guru harus menitikberatkan beberapa perkara berikut :-
·         Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu topik atau konsep
·         Guru perlu mengambilkira tentang keperluan individu murid seperti tahap intelektual dan emosi
·         Keperluan sosial murid : bolehkah mereka berkolaborasi, berkomunikasi sesama mereka dan penerimaan rakan sebaya dalam proses pembelajaran mereka.

Aplikasi strategi ini tidak bermakna murid dapat menentukan apa yang mereka ingin pelajari atau lakukan. Apabila strategi ini diinterpretasikan kepada murid, mereka lebih cenderong memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri dan selalunya berakhir dengan situasi yang berada luar dari kawalan guru. 

Sepatutnya strategi ini akan menjadikan tumpuan murid lebih kepada pembelajaran yang akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Guru dinasihatkan agar tidak hanya menjadi fasilitator yang duduk menunggu murid mendatanginya. Selain memerlukan pelajar aktif melibatkan dalam aktiviti P&P, guru juga harus menjadi fasilitator dan pembimbing yang aktif.

Beberapa rumusan boleh dikupas dari strategi pengajaran berpusatkan murid iaitu:-
·         Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan pasif
·         Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman lebih mendalam
·         Meningkatkan tanggungjawab murid
·         Meningkatkan autonomi murid
·         Saling bergantung antara guru dan murid
·         Saling menghormati antara guru dan murid
·         Pendekatan P&P lebih refleksif untuk guru dan murid.

Strategi berpusatkan murid ini digunakan secara meluas di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Semua guru yang terlatih wajib untuk mengetahui perkara-perkara asas yang digunakan semata-mata untuk memastikan kaedah pengajaran yang digunakan di dalam kelas ialah pengajaran berpusatkan murid.

Kebanyakan sumber maklumat yang diperolehi rata-rata menolak kaedah pengajaran berpusatkan guru yang dianggap ketinggalan zaman dan hanya digunakan oleh guru   yang tidak mampu menarik perhatian murid.
  
Jadual berikut merupakan perbezaan ketara yang boleh dilihat antara kaedah pembelajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan murid.

KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID

- Guru sebagai penyampai utama maklumat berkenaan bidang tertentu

- Pengetahuan sedia ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting

- Pelajar tidak perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu mengajar yang akan digunakan dalan P&P.

- Guru menentukan sendiri tatacara membuat penilaian terhadap prestasi pelajar

- Komunikasi satu hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas.

- Pendapat dan pandangan pelajar tidak diambil kira.

- Guru sebagai fasilitator

- Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.

- Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.

- Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.

- Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.

- Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.

- Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif

- Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan panduan guru.


Contoh kaedah yang digunakan oleh guru:


1.  Kuliah masteri, demonstrasi,  dan bercerita, latih tubi

2. Catatan nota – guru menulis, pelajar mendengar dan menyalin dalam buku

3. Satu sumber rujukan – buku teks

4. Lokasi pembelajaran terhad di dalam kelas

5. Penerangan dan membuat latihan

6. Memberikan dan menyampaikan maklumat

7. Mengajarkan prosedur (SOP)

8. Membina kemahiran langkah demi langkah

Contoh kaedah yang boleh digunakan dalam kelas :

1. Sumbang saran dan debat

2. Main Peranan,  kerja lapangan dan projek.

3. Pelbagai sumber rujukan – ensiklopedia, internet, pemerhatian

4. Lokasi pembelajaran yang pelbagai – makmal komputer, padang sekolah, dewan

5. Penerangan dan praktikal

6. Pengajaran oleh rakan sebaya

7. Guru mencapai setiap pelajar dalam aktiviti berkumpulan kecil

 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAJARAN

A)   Pembelajaran Berpusatkan Guru

Kebaikan

Jika guru menggunakan secara bijak pengajaran secara berpusatkan guru, ia membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks mengikut tahap keupayaan murid. Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh pengalaman guru. Ia bagus untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sesuatu topk tersebut. 

Strategi ini boleh juga digunakan secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan pelajaran yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu.

Kelemahan

Salah satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan guru. Guru perlu mengakui bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya terbatas untuk membolehkan murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan. Oleh itu pengajaran kaedah ini hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.

B)   Pembelajaran berpusatkan murid

Kebaikan

Kaedah ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan oleh murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi ini dapat menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.

Kelemahan

Antara kelemahan strategi atau kaedah ini adalah ia lebih bersifat tumpuan pembelajaran. Maka, tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru perlu berupaya untuk mengawa pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Selain itu, lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk membolehkan murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.

Melatih pelajar berani memberi pendapat. Bukan hanya statik di tempat duduk masing-masing.
Kemungkinan ada pelajar yang 'diulit mimpi' - kaedah berkumpulan

Penutup

Pertikaian penggunaan kedua kaedah ini banyak dilakukan di kalangan ahli-ahli akademik. Jika pencarian sumber pengajaran berpusatkan gur,  perlu diakui bahawa kaedah ini dianggap ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini.
Walau bagaimanapun, bukan semua mata pelajaran sesuai menggunakan sepenuhnya kaedah pengajaran berpusatkan murid. Menurut seorang pakar dalam matapelajaran Pendidikan Islam iaitu Shamsina Shamsudin dalam blog perkongsian ilmunya, menyatakan tidak semua topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya topik ibadah (contoh tayammum).

Beliau ada mencadangkan bahawa gabungan kaedah antara keduanya (berpusatkan guru dan berpusatkan murid) adalah lebih dominan bagi mencapai objektif domain kognitif, afektif dan psikomotor murid. Antara kaedah yang dicadangkan adalah kaedah penerangan (berpusatkan guru), tunjukcara (berpusatkan guru), sumbangsaran (berpusatkan murid), amali (berpusatkan murid), simulasi ((berpusatkan murid), dan penyelesaian masalah (berpusatkan murid).

Penggabungan kedua kaedah ini menjadikan kedua pihak guru dan murid dapat sama-sama memperkuat dan menambah pengetahuan dan pengalaman yang baru setiap kali selesai pembelajaran. Mahupun begitu jika diperhatikan guru-guru yang sudah berpengelaman lama dalam P&P, dan merupaka seorang guru cemerlang, mereka banyak menggunakan penggabungan kedua kaedah ini. Meskipun begitu, secara amnya, pengajaran berpusatkan murid lebih diiktiraf pada masa kini.

Terdapat banyak artikel, jurnal dan buku-buku rujukan latihan perguruan dan pedagogi telah menekankan penggunaan kaedah berpusatkan pelajar jika seseorang guru itu mahu proses pengajaran dan pembelajarannya berlaku dengan lancar dan berjaya memberi pemahaman yang mendalam kepada muridnya.

Seperti kajian daripada Dr. Abdullah Ibrahim dari Kolej Kejuruteraan dan Teknologi Malaysia (KUKTEM) yang mengaitkan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan pembangunan diri dan peluang pekerjaan. Hasil dari kajiannya didapati kaedah berpusatkan murid berjaya menjana dan mampu menyediakan murid dengan pelbagai kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam sektor pekerjaan.

Di dalam kajian ini juga mendapati senario murid cemerlang di peringkat sekolah lalu berjaya memasuki institusi pengajian tinggi tetapi tenaga pengajarnya masih mengamalkan kaedah tradisional dan mengulangi kaedah yang sama untuk belajar, belum benar-benar dapat menguasai kebolehan mereka yang sebenar. Akhirnya peajar hanya lulus peperiksaan semata-mata tanpa menyedari bahawa masih belum memadai untuk mereka menempuh alam pekerjaan kerana tidak memiliki kemahiran yang diperlukan selain hanya pengetahuan di bidang yang dipelajarinya.

Maka, guru seharusnya sedar dan bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran dan daya kreatif mereka bagi merealisasikan perbezaan hasil yang diperolehi pelajar jika guru menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid bagi melahirkan murid yang benar-benar berkualiti dan mencapai matamat Falsafah Pendidikan Negara.

Pelajar seronok apabila dapat menyertai aktiviti pembelajaran secara langsung -
merapatkan hubungan dan menarik minat mereka untuk belajar


KESALAHAN DAN DISIPLIN PELAJAR

Kredit kepada Pelukis asal

AKTIVITI 8.9

Kementerian Pelajaran Malaysia mengkategorikan kesalahan disiplin kepada tiga bahagian iaitu kesalahan kecil, kesalahan sederhana dan kesalahan berat. Beri penjelasan setiap jenis kesalahan berserta contoh-contohnya. Bagaimanakah anda menangani setiap jenis kesalahan?

Disiplin adalah satu bentuk pengurusan tingkah laku. Maka disiplin yang baik adalah mengikut peraturan seperti contoh peraturan sekolah,. Jika pelajar itu disebut sebagai mempunyai masalah disiplin adalah berkaitan dengan pelanggaran peraturan – peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
                                           
Masalah disiplin sering dikaitkan dengan remaja dan pelajar sekolah. Ini adalah kerana pada peringkat ini remaja atau pelajar sedang mengalami kekeliruan dan tekanan luar dalam mencari identiti diri mereka sendiri. Mereka secara keseluruhannya mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif akibat kurangnya atau keterlaluannya penjagaan dan kawalan dari orang dewasa.

Kadangkala aktiviti cuba jaya mereka mengenai perkara apakah yang mereka suka lakukan atau mencari apakah yang matlamat kehidupan mereka antara yang menjadi punca berlakunya masalah disiplin di kalangan remaja dan pelajar sekolah secara spesifiknya.

Antara cara – cara mengatasi masalah disiplin ialah dengan penggunaan konsep pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan.

Jenis Kesalahan
Ciri – Ciri Dan Contoh Kesalahan
Cara –Cara Mengatasinya.
Kesalahan Kecil
Berpunca dari :-
1.          Keinginan diri sendiri pelajar (termasuk faktor ketahanan dan daya uji diri sendiri)
2.          Hubungan keluarga yang kurang baik : Perlakuan biasanya dilakukan secara sengaja tanda protes terhadap ibu bapa, ahli keluarga, guru atau pihak sekolah.
3.          Pergaulan sesama rakan sebaya : remaja pada peringkat ini mengalami proses mengenali rakan sejenis mahupun berlainan jantina. Kebanyakan masa mereka dihabiskan bersama-sama rakan membincangkan isu kehidupan mereka.
4.          Sikap guru – pelajar rasa tersisih dengan sikap guru yang pilih kasih atau menyinggung perasaan mereka.
5.          Persekitaran sekolah yang tidak menarik dan membosankan pelajar membuatkan mereka ingin mencuba sesuatu yang baru.

Contoh kesalahan kecil adalah ;- tidak menyiapkan kerja sekolah, membuat bising yang keterlaluan, mengganggu pelajar lain dan pengurusan masa yang tidak teratur.
Pencegahan : Bina hubungan dengan pelajar.
  • Memahami mengapa perkara tersebut tidak boleh dilakukan
  • Hayati disiplin
  • Penerapan integriti
  • Pembudayaan ; mencipta satu budaya yang menyeronokkan maka dapat mengelakkan pelajar dari melakukan kesalahan kecil seterusnya menumpukan perhatian terhadap perkara yang lebih penting.

Kesalahan sederhana
Ia melibatkan pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah :-
1.          Menceroboh kawasan larangan seperti kawasan asrama perempuan bagi pelajar lelaki begitu juga sebaliknya.
2.          Menceroboh kawasan akademik atau pentadbiran semasa waktu larangan.
3.          Merosakkan atau menyalahgunakan kemudahan dan harta benda sekolah
4.          Biadap dan berkelakuan tidak sopan terhadap guru, kakitangan atau tetamu yang boleh menjejaskan nama baik sekolah, guru atau pelajar sendiri.
5.          Ingkar arahan guru atau pihak lain yang menjalankan tanggungjawab atau tugas mereka.
Pemulihan :-
Contoh tindakan yang boleh dilaksanakan sambil melihat contoh dari MRSM Pendang :-
1.          Digantung persekolahan selama tidak lebih dari 7 hari, atau
2.          Dikenakan tahanan terhad selama 4 minggu iaitu tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah.
3.          Tidak boleh menyertai mana – mana aktiviti luar sekolah malah,
4.          Tidak dibenarkan bermalam di rumah kecuali kecemasan.
Kesalahan berat
Kesalahan ini jatuh dalam kategori kes secara amnya dianggap kesalahan besar dan ada diantaranya yang jatuh dalam kategori kes jenayah.

Contoh kesalahan yang dikategorikan dalam kesalahan berat adalah ;-

1.          Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau membekal sebarang jenis bahan berkaitan tembakau.
2.          Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau membekal sebarang jenis bahan berkaitan jenis minuman keras (alkohol)
3.          Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau membekal sebarang senjata pisau atau alatan yang boleh membahayakan.
4.          Menyimpan, memiliki, mengguna, mengedar atau membekal sebarang bahan lucah, ganas atau tidak bermoral.
5.          Menyiar, mencetak, membuka laman web serta menyebar maklumat yang mengandungi bahan lucah, ganas dan tidak bermoral.
6.          Bekerjasama dalam pertubuhan haram
7.          Memeras ugut menggunakan ancaman atau tekanan keselamatan dari pihak lain.
8.          Berjudi dan terlibat dalam kegiatan perjudian loteri atau pertaruhan wang.
9.          Berkhalwat atau berpasangan dalam keadaan bercumbu – cumbuan,  sumbang atau mencurigakan
10.      Memecah atau menceroboh masuk sesuatu premis serta mencuri harta benda/wang/maklumat/dokumen.
11.      Mencuri atau mengambil mencuri harta benda/wang/maklumat/dokumen melebihi RM50.00.
12.      Memalsukan dokumen dan maklumat.
13.      Melakukan apa jua aktiviti yang boleh ditafsirkan sebagai perlakuan gangguan seks (sexual harrasment).
14.      Melakukan kesalahan sederhana sebanyak 2 kali atau lebih.
Penguatkuasaan peraturan oleh Pengetua, guru disiplin, guru bimbingan kauseling, guru dan pengawas sekolah.

Cadangan menghentikan pengajian pelajar dari sekolah tersebut;
1.      Digantung sekolah selama 2 minggu sementara menunggu keputusan ’Ditamatkan Pengajian’ oleh oihak pentadbir sekolah.
2.      Jika hukuman itu ditolak, pelajar hendaklah dipanggil meneruskan pengajian dan hukuman gantung persekolahan hendaklah dianggap terlaksana.
  • Digantung persekolahan selama 1 atau 2 minggu
  • Rotan secara tertutup dengan hukuman maksimum 2 kali
  • Tahanan dalam sekolah/asrama selama 6 minggu dengan menjalankan aktiviti berikut ;
1.          Tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah
2.          Tidak dibenarkan balik ke rumah bermalam (kecuali kecemasan)
3.          Tidak dibenarkan mengikuti, turut serta, atau mewakili sekolah dalam apa jua aktiviti oleh pihak sekolah.
4.          Mesti melaporkan diri di Pondok Pengawal yang ada di luar sekolah.

Pelajar boleh diarahkan untuk menjalankan kerja-kerja ’community service’;
  • 4 jam sehari selama 2 hari berturut-turut pada hujung minggu atau 2 jam pada hujung minggu.
  • Dilakukan secara individu / kumpulan
  • Guru/kakitangan hendaklah menyelia pelajar tersebut
  • Kerja-kerja bakti termasuk mencuci longkang, membersih bilik air, mencuci tandas, mencabut rumput dan menyapu sampah.