Kaedah Main Peranan - melatih pelajar menjadi kreatif dan belajar menghadapi tekanan serta dapat menambah keyakinan diri |
Kaedah
pengajaran adalah merupakan satu proses guru mengajar di mana ia merangkumi
cara dan strategi yang akan digunakan untuk mengajar. Guru akan menggunakan
sama ada pendekatan penyampaian maklumat/berpusatkan guru atau pendekatan
perubahan konsep/berpusatkan pelajar.
Kaedah
pembelajaran yang dipilih juga akan mempengaruhi strategi yang akan digunakan
oleh guru atau murid bagi memperolehi maklumat yang berlainan dan menyesuaikan
diri dalam situasi pembelajaran yang berlainan.
Definisi
A)
Kaedah
pengajaran berpusatkan guru
Melalui
kaedah ini, boleh dikatakan guru mempunyai kuasa dan mengawal sepenuhnya kelas
dan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Gambaran kasar bagi kaedah
ini seolah-olah guru memberi kuliah di hadapan kelas dan pelajar mendengar syarahan guru di meja masing-masing. Kaedah
ini tidak menggalakkan pelajar memberi pendapat mereka sendiri walaupun mereka
berkemungkinan besar mmpunyai lebih pengetahuan sedia ada dalam diri mereka
melalui pemerhatian atau pengalaman hidup mreka sendiri.
Berpusatkan guru,
maklumat, pengetahuan, contoh dan perkembangan topik adalah bergantung
sepenuhnya pada guru. Jika luas pengetahuan guru mengenai topik ini, maka luas
dan panjanglah penerangan guru. Jika tidak, ia terjadi sebaliknya.
Kaedah
ini juga dikenali dengan jolokan kaedah tradisional. Ini adalah kerana kaedah
ini banyak digunakan dalam bidang pendidikan terutama pada era sebelum merdeka
kerana kebanyakan pelajar tidak mempunyai banyak pengetahuan sendiri dan
mengharapkan guru menyampaikan maklumat sepenuhnya.
Keadaan capaian maklumat
yang terhad kerana sumber yang terhad, maka kaedah ini amat sesuai digunakan
oleh guru. Begitu juga jika ianya berlaku pada era selepas merdeka, masih
terdapat sekolah yang tidak mempunyai banyak kemudahan bagi capaian maklumat
seperti di pedalaman seperti televisyen dan internet, maka kaedah ini lebih
sesuai digunakan oleh guru.
B)
Kaedah
pengajaran berpusatkan murid
Kaedah
ini memberi tumpuan kepada perkembangan pembelajaran pelajar sebagai individu.
Guru memberi pilihan kepada pelajar, pengetahuan dan apa yang ingin mereka
pelajari, mewujudkan kolaborasi dengan membina pengetahuan dan persekitaran
positif. Penilaian yang dilakukan juga melibatkan pelajar secara berterusan dan
guru lebih banyak mendengar pandangan guru. Pelajar juga akan melibatkan diri
secara terus dalam perancangan pembelajaran mereka sendiri.
Sebelum sesebuah topik itu diperbincangkan, guru terlebih
dahulu akan menimbangkan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan topik itu.
maklumat yang salah atau salah faham akan diperbetulkan melalui perbincangan
dan sumbang saran. Kaedah ini lebih mudah digunakan jika guru mahu menegur
sesuatu fakta yang negatif yang sering disalah ertika oleh pelajar yang masih
belum matang pemikirannya.
Kaedah
ini juga membenarkan komunikasi dua hala berlaku antara guru dan pelajar
seterusnya dapat membina satu hubungan yang erat antara guru dan pelajar. Guru
lebih mudah mendekati pelajar dan pelajar lebih mudah bertanyakan kepada guru
mengenai perkara yang mereka tidak fahami atau keliru serta persepsi mereka
akan sama dan tidak berlainan daripada logik akal biasa.
Banyak
sumber dalam bidang pendidikan telah menitik beratkan isu mengenai kaedah
pembelajaran paling berkesan bagi menarik minat pelajar untuk ke sekolah
mahupun menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Selain belajar untuk lulus
periksa, guru perlu menimbangkan strategi bersesuaian agar pelajar dapat
mengalami satu pengalaman pembelajaran menarik yang tidak berlaku di luar
sekolah sekaligus mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran yang mereka
pelajari.
Kaedah
tradisional telah banyak ditolak oleh kebanyakan guru kerana ia didapati tidak
berkesan dalam proses P&P bagi murid kini yang rata-rata lebih mendahului
pengetahuan guru dan mempunyai daya keyakinan yang tinggi. Kebanyakan murid
merasa bosan berada di dalam kelas jika mereka tidak dapat menyertai atau
melakukan apa-apa dan semata-mata mendengar sahaja. Cara ini boleh menyebabkan
mereka mudah bosan, mereka lebih tahu banyak dan bolh mendorong mereka ponteng
kerana bagi mereka sekolah adalah tempat yang bosan kerana semua topik telah
mereka pelajari dan boleh diperolehi melalui sumber lain selain dari guru.
Bagi
menarik perhatian pelajar untuk ke sekolah, guru terlebih dahulu haruslah
menimbangkan strategi berpusatkan murid agar guru dan murid mempelajari sesuatu
yang baru setiap hari. Menggunakan kaedah ini kedua pihak guru dan murid akan
memperolehi pengalaman yang baru kerana proses pembelajaran berasaskan
pengetahuan dan maklumat yang berlainan bagi setiap murid.
Pembelajaran
berpusatan murid melatih pelajar agar bertanggungjawab ke atas pembelajarannya.
Ini adalah kerana mereka terlibat secara terus dalam menemui pengetahuan,
menggunakan bahan yang mencabar pengetahuan sedia ada dan pemahaman konsep baru
yang mendalam. Kaedah ini juga melibatkan interaksi sosial yang tinggi menggunakan
sekolah, pekerjaan, rumah dan komuniti sebagai sumber rujukan serta menggunakan
aktiviti luar untuk meningkatkan pembelajaran.
Strategi Pengajaran
A)
Kaedah
pengajaran berpusatkan guru
Kaedah
ini boleh juga disebut sebagai strategi pengajaran langsung atau disebut dalam
Bahasa Inggeris sebagai Direct Instruction. Berdasarkan
kaedah ini strategi yang digunakan ialah guru memainkan peranan aktif dalam
proses pengajaran dan pembelajaran manakala murid pula berperanan untuk
menerima pengajaran secara pasif atau boleh juga disebut sebagai komunikasi
satu hala (guru sahaja bercakap).
Strategi
tradisional ini meletakkan guru sebagai pakar dalam mata pelajaran dan sumber
utama ilmu pengetahuan. Maka tujuan utama murid hadir ke kelas adalah bagi
mendapatkan maklumat yang telah ditetapkan oleh guru kepada mereka. Murid hanya
perlu mengulangi, menghafal serta mencurahkan kembali apa yang telah diajarkan
kepada mereka. Berdasarkan strategi ini beberapa ahli akademik berpendapat
bahawa pengajaran berpusatkan guru adalah:
·
Tujuan murid belajar adalah untuk mencapai
objektif kurikulum yang membolehkan mereka berfikir secara kritikal
·
Murid menyempurnakan aktiviti yang telah
ditentukan oleh guru untuk mencapai kejayaan akademik.
·
Murid bertindak balas kepada
jangkaan-jangkaan positif yang ditetapkan oleh guru dalam proses perkembangan
berperingkat melalui aktiviti yang telah ditetapkan
·
Motivasi ekstrinsik seperti ganjaran atau
gred penilaian diberi kepada murid di mana ia akan memotivasikan mereka untuk
memahami maklumat serta menunjukkan kefahaman tentang konsep yang telah
diajarkan.
·
Segala hasil kerja murid akan dinilai
sepenuhnya oleh guru.
Sebelum
strategi ini digunapakai dalam pengajaran, guru terlebih dahulu harus
memastikan murid-murid telah diajarkan perkara-perkara asas sebelum masuk ke
konsep yang baru. Sebagai contoh, sebelum guru masuk ke tajuk tayammum, guru
harus memastikan murid telahpun diajarkan tajuk bersuci dan berwudhu supaya
pelajar lebih dapat memahami konsep tayammun dengan lebih tepat dan mendalam.
Perbentangan hasil perbincangan - melatih pelajar berani dan sentiasa peka dengan pembelajaran dalam kelas |
B)
Kaedah
pengajaran berpusatkan murid
Strategi
bagi kaedah ini lebih dikenali sebagai strategi pengajaran tidak langsung.
Berbeza dengan strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid mengalih
peranan guru daripada tenaga pengajar kepada pemudahcara atau fasilitator.
Semasa proses pembelajaran dalam kelas, murid akan terlibat secara aktif dan
sepenuhnya dalam aktiviti berfikir, mencari maklumat, merumus, membentang,
menilai, berkolaborasi, bekerjasama dan membuat refleksi pembelajaran. Secara
automatiknya, murid akan membina kefahaman dengan menggunakan sumber yang telah
disediakan sebagai asas (teknik scaffholding) secara hands-on dan minds-on dan
bekerja secara koperatif dan kolaboraasi dengan rakan atau orang lain.
Penekanan tersebut membuatkan murid dapat melaksanakan pembelajaran terarah
kendiri dan mengikut kada kemampuan kendiri.
Bagi
melaksanakan strategi ini, guru harus menitikberatkan beberapa perkara berikut
:-
·
Apa yang murid ingin tahu tentang sesuatu
topik atau konsep
·
Guru perlu mengambilkira tentang keperluan
individu murid seperti tahap intelektual dan emosi
·
Keperluan sosial murid : bolehkah mereka
berkolaborasi, berkomunikasi sesama mereka dan penerimaan rakan sebaya dalam
proses pembelajaran mereka.
Aplikasi
strategi ini tidak bermakna murid dapat menentukan apa yang mereka ingin
pelajari atau lakukan. Apabila strategi ini diinterpretasikan kepada murid,
mereka lebih cenderong memilih tajuk, kaedah dan aktiviti mereka sendiri dan
selalunya berakhir dengan situasi yang berada luar dari kawalan guru.
Sepatutnya strategi ini akan menjadikan tumpuan murid lebih kepada pembelajaran
yang akan memberikan pengalaman yang bermakna kepada murid. Guru dinasihatkan
agar tidak hanya menjadi fasilitator yang duduk menunggu murid mendatanginya.
Selain memerlukan pelajar aktif melibatkan dalam aktiviti P&P, guru juga
harus menjadi fasilitator dan pembimbing yang aktif.
Beberapa
rumusan boleh dikupas dari strategi pengajaran berpusatkan murid iaitu:-
·
Pembelajaran lebih bersifat aktif dan bukan
pasif
·
Penekanan kepada pembelajaran dan pemahaman
lebih mendalam
·
Meningkatkan tanggungjawab murid
·
Meningkatkan autonomi murid
·
Saling bergantung antara guru dan murid
·
Saling menghormati antara guru dan murid
·
Pendekatan P&P lebih refleksif untuk guru
dan murid.
Strategi
berpusatkan murid ini digunakan secara meluas di sekolah-sekolah seluruh
Malaysia. Semua guru yang terlatih wajib untuk mengetahui perkara-perkara asas
yang digunakan semata-mata untuk memastikan kaedah pengajaran yang digunakan di
dalam kelas ialah pengajaran berpusatkan murid.
Kebanyakan
sumber maklumat yang diperolehi rata-rata menolak kaedah pengajaran berpusatkan
guru yang dianggap ketinggalan zaman dan hanya digunakan oleh guru yang tidak mampu menarik perhatian murid.
Jadual
berikut merupakan perbezaan ketara yang boleh dilihat antara kaedah
pembelajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan murid.
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN GURU
|
KAEDAH PENGAJARAN BERPUSATKAN MURID
|
- Guru sebagai
penyampai utama maklumat berkenaan bidang tertentu
- Pengetahuan sedia
ada pelajar tidak dipertimbangkan sebagai sesuatu yang penting
- Pelajar tidak
perlu aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
- Guru
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bahan bantu mengajar yang akan digunakan
dalan P&P.
- Guru menentukan
sendiri tatacara membuat penilaian terhadap prestasi pelajar
- Komunikasi satu
hala. Hanya guru yang bercakap di dalam kelas.
- Pendapat dan
pandangan pelajar tidak diambil kira.
|
- Guru sebagai
fasilitator
- Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat
menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
-
Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
- Melibatkan pelajar dalam membentuk proses
pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
-
Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti
pembelajaran.
-
Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang
mereka pelajari.
-
Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
-
Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif
-
Pelajar bebas memberi pendapat mereka dengan pantauan dan panduan guru.
|
Contoh kaedah yang
digunakan oleh guru:
1. Kuliah masteri, demonstrasi, dan bercerita, latih tubi
2. Catatan nota –
guru menulis, pelajar mendengar dan menyalin dalam buku
3. Satu sumber
rujukan – buku teks
4. Lokasi
pembelajaran terhad di dalam kelas
5. Penerangan dan
membuat latihan
6. Memberikan dan
menyampaikan maklumat
7. Mengajarkan
prosedur (SOP)
8. Membina
kemahiran langkah demi langkah
|
Contoh kaedah yang
boleh digunakan dalam kelas :
1. Sumbang saran
dan debat
2. Main
Peranan, kerja lapangan dan projek.
3. Pelbagai sumber
rujukan – ensiklopedia, internet, pemerhatian
4. Lokasi
pembelajaran yang pelbagai – makmal komputer, padang sekolah, dewan
5. Penerangan dan
praktikal
6. Pengajaran oleh
rakan sebaya
7. Guru mencapai
setiap pelajar dalam aktiviti berkumpulan kecil
|
KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAEDAH
PENGAJARAN
A)
Pembelajaran
Berpusatkan Guru
Kebaikan
Jika
guru menggunakan secara bijak pengajaran secara berpusatkan guru, ia
membolehkan guru menyampaikan maklumat dan ilmu pengetahuan yang kompleks
mengikut tahap keupayaan murid. Melalui stategi ini, guru menyampaikan maklumat
yang tidak dapat dicapai oleh murid kerana ia tidak ada di tidak terdapat dalam
mana-mana sumber walaupun cuba diakses oleh pelajar, contoh pengalaman guru. Ia
bagus untuk meningkatkan keghairahan dan minat murid untuk mengetahui dengan
lebih lanjut mengenai sesuatu topk tersebut.
Strategi ini boleh juga digunakan
secara langsung untuk membolehkan murid menumpukan perhatian kepada kandungan
pelajaran yang relevan agar pelajar dapat mengaitkan pengetahuan yang baru
dengan maklumat sedia ada dan pengalaman lalu.
Kelemahan
Salah
satu kelemahan utama kaedah ini ialah penyalahgunaan strategi iaitu ramai guru
gagal untuk menyedari sepenuhnya tentang batasan guru. Guru perlu mengakui
bahawa keupayaan pengajaran secara terus sebenarnya terbatas untuk membolehkan
murid mengembangkan sepenuhnya keupayaan mereka untuk berfikir secara kritikal
sekaligus membataskan keupayaan murid untuk belajar atau bekerja dalam kumpulan.
Oleh itu pengajaran kaedah ini hanya boleh dilihat dan diterima sebagai salah
satu strategi yang boleh digunakan oleh guru ketika mengajar.
B)
Pembelajaran
berpusatkan murid
Kebaikan
Kaedah
ini membolehkan murid terlibat secara aktif dalam pelajaran mereka. Proses dan
aktiviti pembelajaran dilaksanakan oleh murid dan bukan dipaksakan oleh murid.
Guru berperanan sebagai pemudahcara atau fasilitator. Strategi ini dapat
menggalakkan daya kreativiti pelajar seterusnya membantu murid membina
kemahiran menyelesaikan masalah. Pembelajaran cara ini membolehkan berlakunya
pengalaman pembelajaran secara lebih mendalam dan luas.
Kelemahan
Antara
kelemahan strategi atau kaedah ini adalah ia lebih bersifat tumpuan pembelajaran.
Maka, tempoh berlaku pembelajaran yang optima akan mengambil masa yang panjang
jika dibandingkan dengan pengajaran secara langsung. Sebagai fasilitator, guru
perlu berupaya untuk mengawa pembelajaran murid-muridnya dan kemungkinan ini
mungkin boleh menimbulkan rasa ketidakselesaan di kalangan murid. Selain itu,
lebih banyak cabaran akan dihadapi semasa pelaksanaannya untuk membolehkan
murid mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.
Melatih pelajar berani memberi pendapat. Bukan hanya statik di tempat duduk masing-masing. Kemungkinan ada pelajar yang 'diulit mimpi' - kaedah berkumpulan |
Penutup
Pertikaian
penggunaan kedua kaedah ini banyak dilakukan di kalangan ahli-ahli akademik.
Jika pencarian sumber pengajaran berpusatkan gur, perlu diakui bahawa kaedah ini dianggap
ketinggalan zaman dan tidak sesuai lagi digunakan pada masa kini.
Walau
bagaimanapun, bukan semua mata pelajaran sesuai menggunakan sepenuhnya kaedah
pengajaran berpusatkan murid. Menurut seorang pakar dalam matapelajaran
Pendidikan Islam iaitu Shamsina Shamsudin dalam blog perkongsian ilmunya,
menyatakan tidak semua topik dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya
topik ibadah (contoh tayammum).
Beliau
ada mencadangkan bahawa gabungan kaedah antara keduanya (berpusatkan guru dan
berpusatkan murid) adalah lebih dominan bagi mencapai objektif domain kognitif,
afektif dan psikomotor murid. Antara kaedah yang dicadangkan adalah kaedah
penerangan (berpusatkan guru), tunjukcara (berpusatkan guru), sumbangsaran
(berpusatkan murid), amali (berpusatkan murid), simulasi ((berpusatkan murid),
dan penyelesaian masalah (berpusatkan murid).
Penggabungan
kedua kaedah ini menjadikan kedua pihak guru dan murid dapat sama-sama
memperkuat dan menambah pengetahuan dan pengalaman yang baru setiap kali
selesai pembelajaran. Mahupun begitu jika diperhatikan guru-guru yang sudah
berpengelaman lama dalam P&P, dan merupaka seorang guru cemerlang, mereka
banyak menggunakan penggabungan kedua kaedah ini. Meskipun begitu, secara
amnya, pengajaran berpusatkan murid lebih diiktiraf pada masa kini.
Terdapat
banyak artikel, jurnal dan buku-buku rujukan latihan perguruan dan pedagogi
telah menekankan penggunaan kaedah berpusatkan pelajar jika seseorang guru itu
mahu proses pengajaran dan pembelajarannya berlaku dengan lancar dan berjaya
memberi pemahaman yang mendalam kepada muridnya.
Seperti
kajian daripada Dr. Abdullah Ibrahim dari Kolej Kejuruteraan dan Teknologi
Malaysia (KUKTEM) yang mengaitkan pembelajaran berpusatkan pelajar dengan
pembangunan diri dan peluang pekerjaan. Hasil dari kajiannya didapati kaedah
berpusatkan murid berjaya menjana dan mampu menyediakan murid dengan pelbagai
kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam sektor pekerjaan.
Di
dalam kajian ini juga mendapati senario murid cemerlang di peringkat sekolah
lalu berjaya memasuki institusi pengajian tinggi tetapi tenaga pengajarnya
masih mengamalkan kaedah tradisional dan mengulangi kaedah yang sama untuk
belajar, belum benar-benar dapat menguasai kebolehan mereka yang sebenar.
Akhirnya peajar hanya lulus peperiksaan semata-mata tanpa menyedari bahawa
masih belum memadai untuk mereka menempuh alam pekerjaan kerana tidak memiliki
kemahiran yang diperlukan selain hanya pengetahuan di bidang yang
dipelajarinya.
Maka,
guru seharusnya sedar dan bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran dan daya
kreatif mereka bagi merealisasikan perbezaan hasil yang diperolehi pelajar jika
guru menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan murid bagi melahirkan murid yang
benar-benar berkualiti dan mencapai matamat Falsafah Pendidikan Negara.
Pelajar seronok apabila dapat menyertai aktiviti pembelajaran secara langsung - merapatkan hubungan dan menarik minat mereka untuk belajar |